Thursday, 15 November 2018

BBM 3410/18: Laksa

Asalamualaikum semua..
Hari ni saya nak kongsi resepi yang merupaka juadah kegemaran akuu..
Haaaa masak apa tuuu...
 OK Baik laa saya selaku chef ketuk ketuk kuali nak kongsi resepi istimewa iaitu laksa penang...
Siapa sini suka makan laksa kita geng.. huhuhu
Tengok gambar tuuu.. Ya Allah bergegar anak tekak ni..

                              Image result for laksa

Sabar yee..Saya ajar cara nak buat menu ni.. tapi cara aku.. huhu

Bahan A ( Rebus ) 

  • 10 ekor ikan kembung/ ikan sardin 
  • 5 keping Asam Gelugor
  • Garam dalam 1-2 sudu

Bahan B ( Kisar Halus )

  • 15 Tangkai Cili Kering
  • 2 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan

Bahan -Bahan Lain 

  • Mee Laksa Basah ( sedia ada, di jual di mydin dan tesco )
  • Daun kesum (Dalam 2 gengam )
  • Bunga kantan 2 batang
  • 3 keping Asam gelugor

Bahan Hiasan 

  • Salad
  • Telor rebus
  • Hirisan Bawang Besar
  • Limau kasturi
  • Hirisan Timun
  • Cili padi

Cara Pembuatan 

  • Bahan A tadi seperti ikan Kembung tadi direbus dulu tau, nanti air rebusan ikan tu asingkan tepi. ikan rebus yang dah siap direbus, di asingkan tulang dan kepala, lepas tu, kisar terus dengan ambil sedikit air rebusan ikan tadi atau nak lagi sedap, korang tumbuk guna lesung batu. bagi separuh lumat. Untuk tulang dan kepala yang diasingkan tadi, kisarkan bersama dan di tapis, buat 2 kali atau ikut suka.
  • Bahan B yang telah dikisar tadi disatukan dengan air rebusan ikan, dan air tapisan tulang ikan tadi, masukkan garam, asam gelugor, bunga kantan dan daun kesum, didihkan sampai masak.

  • Bila dah didih kesemuanya, curahkan kuah tersebut atas mee laksa tadi, dan tabur hiasan ikut suka kreativiti korang
 ok, Baiklah terima kasih kerana sudi datang ke blog saya. Jumpa dilain waktu.. 

BBM3410/18: Buah Pelik

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak kongsikan jenis buah yang jarang kita jumpa dan ada antara kita yang tak tau pun buah tuu.. lagi2 orang macam aku ni duduk kat selangor yang memang jarang la ada hutan atau taman yang penuh pokok. Nama pun bandar, yang banyak cuma jalan raya jerr... Aku nak cita ni sebab petang tadi ada kawan aku suruh rasa satu buah nii.. ya Allah sedap rasa dia macam buah Markisa tuu.. Tapi ada kawan yang lain cuba halang dari makan buah tu. Katanya takut beracun.. Aku baru je teruja nk kutip buah tuu bawak balik rumah..haahha

Bila aku tanya pak google pasal buah tu.. Nama dia ialah buah ulat bulu..

Rupa dia macam ni. Tapi bau luar dia busuk.. huhu.. Pergi la carii.. 

Image result for buah ulat bulu khasiat

Tadi tu lah pertama kali makan buah niii.. Kalau jumpa lagi aku nk makannn banyak2.

Korang tu kenal ke tak buah ni.. huhuhuhu .

Ok itu saja perkongsian hari ni.. Sekian Wasalam





Tuesday, 13 November 2018

BBM3410/18: Tugasan MINGGU 7 ( Video one shot )

Assalamualaikum semuaa...
Apo khobarr semua.. eden sihat joo.. huhuh jadi orang nogori kojab..

Hari ni daku mau kongsikan tugasan berkumpulan yang kami buat iaitu video lagu..
Inilah kisah kelak tawa dan bertuka duka.. huhuhuhu..

Aku dan kawan-kawan ditugaskan oleh Prof supaya menghasikan satu muzik video. Bukan nak kata apa. Lama jugak la berlatih tapi apakah daya rupa-rupa kami tersalah konsep. Video sepatutnya satu layer tapi terbuat 2 layer.. ermmmm. Maafkan kami ya Proff.. 😭😭😭 Kami akan cuba buat yang baru..

Nah tgoklah video yang tak jadinya..



Hal yang lawaknya dalam video ni
1. Si Mahira bersungguh main gitar sambil nyanyi lagu ni.
2. Si Hanafi terlanggar payung kena kepala dia.. hahhah
3. Penari latar tuuu haahahah pakai reket badminton je mampu.. 

Ok itu je perkongsian hri ni.. Jumpa di lain waktu.. chaw dulu..



BBM 3410/18: Keunikkan Malaysia

Assalamualaiku semua.. Apa khabar? harap sihat-sihat dan gemok-gemok belaka.. hihihi
orait hari ni aku nak kongsikan mengenai keunikkan negara Malaysia.Topik ni aku rasa ramai orang dah biasa dengar. Aku kongsi ni supaya korang semua reti bersyukur kerana terlahir menjadi rakyat Malaysia.. 

                                  Image result for gambar klcc
            Ni la lambang kebanggaan rakyat Malaysia.. Pernah jadi yang tertinggi di dunia..


Ok balik pada topik,

Antara perkara yang menjadikan Malaysia negara unik ialah tentang kepelbagaian kaum yang ada di negara ni. Kemajmukan ni bukan saja dilihat dari segi kaum dan ras, malahan ia telah mewarnai budaya, cara hidup, pemakanan, pemakaian penduduk di negara ini sehingga ia menjadi tarikan kepada pelancong asing ke negara ni. Kalau cerita pasal makanan pun dah nampak kepelbagaian jenisnya. Tak la ko bosan macam kat negara mat saleh tuu.. pizza, spaghetti, bugger je manjang.. huhuhu... 

                                   Image result for kepelbagaian etnik di malaysia                   
                                   Nampak harmoni je kann... Kita satu bangsa kita satu Negara

Selain itu, negara Malaysia unik di mata dunia kerana setiap negeri di Malaysia mempunyai Sultan/Raja yang menjaga pentadbiran. Manakala Yang Dipertuan Agong dilantik sebagai kepala negara. Keadaan ini sangat berbeza dengan negara lain seperti di United States mereka cuma ada seorang Presiden yang mentadbir seluruh negara tersebut. Dan korang tahu tak yang negara Malaysia ni negara yang paling banyak Raja... ermmm tu belum masuk lagi Raja Gopal, Raja Lingam dan Raja Sami. huuhuuu..


                                    Image result for institusi raja di malaysia

                                            Antara Raja-raja di Malaysia.. Daulat Tuanku..



                                            Image result for raja gopal   
                                                Yang ni pulak Raja Gopal.. hahahha


Seterusnya, Malaysia ni unik kerana kekukuhan negara dari sudut islamiknya.. Sehingga ada yang berpendapat bahawa Malaysia ni jauh lebih bagus dari negara timur tengah sana..  Sabab apa Malaysia ni bagus? Pertama di malaysia hanya menggamalkan ajaran ahli sunnah wal jemaah. Jadi pengaruh ajaran lain teramatlah kurang. Contohnya ajaran syiah yang banyak diamalkan di Iraq. Korang tau tak Iraq tu pernah mengancam Malaysia. Sebabnya Malaysia ni satu-satunya negara yang berani nyatakan bahwa syiah tu kafir. Hebat sebenarnya islam di Malaysia ni.. Kedua, Malaysia juga jarang berlaku pergaduhan mazhab. Ini sebabnya Malaysia banyak berpegang kepada satu mazhab saja iaitu mazhab Syafie. Kalau korang nak tau orang Islam di kawasan Timur Tengah tu banyak bergaduh pasal mazhab jer.. Walaupun hal yang kecil contoh cara amik wuduk.. Tengoklan bertapa bagusnya islam di Malaysia. Jadi kita sebagai islam harus tunjuk contoh yang baik pada semua bangsa, malah negara. 

OK baiklah itu saja perkongsian hari ni.. nak komen silakan jangan malu.. Kita boleh bertukar-tukar pendapat.. Asslamualikumm.. 

Monday, 12 November 2018

BBM3410/18: Hari sedih ku

Assalamualaikum semua
Baiklah hari ni aku nak cerita tentang luahan hati ku ini.
Hari rabu yang bertarikh 31 oktober, satu-satunya datuk yang aku ada telah meninggal dunia. Atuk aku ni belah mak aku. Jadi yang paling sedih mestilah mak aku. Tapi mak aku tenang je. Dia redho dengan pemergian atuk aku. Atuk memang dah sakit lama. Dah tak nak makan minum. Jadi mak aku memang redho jika ditakdirkan atuk aku meninggal dunia. Walau apa apapun tipulla kalau mak aku langsung tak sedih. Aku yakin dia cuma belagak tenang. Perangai mak aku tak ubah macam aku. ermmm... 

atuk aku memang lama dah sakit. Biasala sakit tua kann.. Sejak raya masa tu pun dia dah terbaring atas katil tak boleh gerak.. Yang aku nak luahkan disini tentang 2 peristiwa mengenai atuk aku yang buat aku menyesal seumur hidup.

1. Aku tak ada gambar raya yang terakhir dengan atuk.
2. Aku tak dapat balik kampung waktu atuk meninggal.

Rasa dia macam cucu tak guna laaa.. ermmmmm 

Hal pertama tu, apa yang aku ingat. Masa raya tahun ni. Masa aku dah naik kereta nak balik KL. Waktu mula-mula kereta nak gerak keluar dari rumah aduk aku. Aku cakap kat ayah aku yang aku nak amik gambar atuk buat kali terakhir. Tapi ayah aku pulak kata tak pe lah lain kali sebab kereta pun dah gerak masa tuu.. Aku salahkan diri aku sebab memang aku dah berniat nak ambil gambar tapi masa cium tangan terakhir tu aku boleh lupaa.. Aku rasa sejak tu lagi aku dah dapat rasa yang tahun ni adalah tahun terakhir aku jumpa dengan atuk ku.. emmmmm aku taip sambil nagis nii..

Tapi adik aku yang hasanah ni sempat ambil gambar salam yang terakhir dengan atuk.. ermmm menyesalnyaaa aku tak tangkap gamba...

Hal yang kedua, sebab apa aku tak dapat balik kampung waktu atuk aku meninggal. Aku terpaksa tunggu adik aku baik asrama. Dia sekolah kat Sains Perempuan  Negeri Sembilan. Sekolah dia cuti hari jumaat. Sebab tu mak aku tak bawak dia..mak aku pun kelang kabut balik hari atuk ku meninggal tu.. Yang ambil adik aku balik asrama ni pun pakcik belah ayah aku. jadi aku sorang-sorang tunggu adik aku kat rumah.. Ermmm nak taknak kena la pikul tanggungjawab ni.. Lagi sorang adik aku yang belajar kat UPM pun tak balik. Sebab dia tak cuti pun, kos doktor tak sama dengan kos macam aku ni.. Walau sama-sama degree..  Jadi tu la alasan kenapa aku tak balik kampung. Tapi sepanjang mak ngan ayah aku takde sempat jugak laa bawak adik-adik aku ni pergi IOI... makan, shoping, main game.. hahaha sebabnya aku malas nak masak jadi makan luar laa..Masa kat IOI tu tak ingat nak sedih dah.. nak sedih lama-lama pun aku tetap tak boleh nak wujudkan balik datuk ku atau kembalikan masa aku yang dulu bersama atuk aku... ermmmm

OK la sampai disini saja. Jumpa di lain waktu.. nantikan luahan ku yang lain.. Assalamualaikum..




BBM 3410/18 Tugasan MINGGU 6 (Kampung ku)

Assalamualaikum semua.. harap semua sehat laa..

ok untuk kali ini saya nk sembang mengenai tugasan minggu ke6

Tugasan ini perlu dilakukan waktu cuti. Pelajar dikehendaki mengambil gambar sewaktu cuti di kampung masing-masing..

Profff saya tak ada kampung... Jab aku mau nagis menegenang nasib.. huhuhu

Bukan apa, aku ni dari kuar perut mak dah duduk kat UPM ni. Memang dari kecik ini lah kampung ku... Bapak aku mmg staf UPM. Jadi sejak kecik lagi aku dah masuk Universiti. hahahah...
Jadi saya mohon maaf ya Prof. Kalau gamba saya ni pemandangan UPM jer.. Tapi ada juga saya selit dengan gambar saya jalan-jalan tempat lain.. hihi..

Ni antara gambarnya


haaa.. Nampak bas UPM lagi tuu...

haa gamba ni aku jalan ke Melaka. aku tgok adikku punya perlawana frisbee.. Aku pun join jugak.. huhuh ada la kurus sikit..

yang nii gambar kat tasik Mardi tuu jerr.. Dekat UPM jugak.. 


haa yang ni gambar makanan koria yang aku makan kat IOI tu jerr.. yang bolat bolat tu sedappppp... ada biji telor ikan dia gaul ngan nasi.. 

Yang ni gamba keranda datuk ku. Atuk aku meninggal dunia waktu cuti pertengan semester baru ni.. Sedih tak terhingga bila orang yang kita sayang tak ada di sisi lgi.. 



herm.. sampai disini sahaja, Nak tengok gambar lagi singgah la kat ig ku Hidazm.. oraittt.. jumpa di lain waktu. assalamuaaikum..



Wednesday, 24 October 2018

BBM 3410/18: Pahala berkekalan

Assalammualaikum semua.

Hari ni mood nakk jadi ustazah. Nak bagi kuliah sikit. hahahahha

saya ni suka baca buku dan tengok ceramah ala ala islamik tapi benda tu mestilah bermanfaat bagi saya. Sebabnya saya ni jenis orang yang tak suka tengok tv cerita karut penuh khayalan tuu. jadi bila ada masa lapang. saya baca la buku supaya otak saya ni ada la sikit ilmu.

Bagi orang islam kita yakin dengan ganjaran pahala walaupun sesudah mati. Saya nak kongsikan disini beberapa perkara atau perbuatan yang mana pahala kita tetap akan berjalan walaupun kita dah meninggal. Saya harap kita sama-sama amalkan amalan ni.

1. Bina masjid. Selagi ia diguna pakai selagi tuu la pahala mengalir pada kita.

2. Mengalirkan sungai / jalan dari sebarang sekatan. Tujuannya bagi memudahkan orang lain mengambil manfaat dari tindakkan kita tersebut. Selagi ia dapat manfaat dari tindakkan kita tu selagi tu kita dapat pahala.

3. Tulis/ cetak ayat Al Quran. Selagi orang baca selagi tu kita dapat pahala.

4. Mengajar Ilmu yang bermanfaat. Selagi ilmu itu digunapakai selagi tu kita dapat pahala.

5. Menanam pokok. hahh ni selagi pokok tersebut bermanfaat pada manusia selagi tu kita dapat pahala.. tak susahkann..

6. Meninggalkan anak-anak yang soleh. Selagi dia mendoakan kita selagi tu kita mendapat pahala. Oleh itu, jika suatu hari, kita menjadi ibu bapa maka didiklah anak-anak dengan pegangan akidah yang betul. Agar mereka tahu tanggungjawab mereka kepada ibu bapanya sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

ok la sampai disini saja, jumpa lagi dilain waktu. wassalam...


BBM 3410/18: Lagu kegemaran

Assalmualikum salam sejahtera

Topik hari ni saya nak kongsi tentang lagu kegemaran saya..
Aku ni memeng suka pasang lagu lagi-lagi masa belajar supaya tak la ngantuk ngan bosan sangat.
tapi ikut sabjek laa. kalau aku balaja Bahasa Melayu huiii kalau bukak lagu mana laaa masuk otak belaja tuu.. huhuhu

 ok lah niat aku hari ni nak kongsi je lagu yang paling aku suka dan artisnya.

Kalau lagu mat saleh aku kemain suka dengan si Tommy Page nii.. dah la hensemmm.. walaupun lagu dia dah lama tapi tetap menjadi pujaan hati aku..

korang tu kenal tak? ermmmm

nih la muka dia masa muda.. hencemmm gilaaa kannn... 
sebelum tuu maaf Bf terchinta jangan cemburu baca ni..hahhahah


nih pulak waktu dia tua sikit. tapi tetap hensemm... hahhah. gedik betul aku.. 




ok yang ni pulak koleksi lagu dia.. Paling aku suka lagu A shoulder to cry on tuuuu.. nagis aku dengar..

NAH.. cuba laaa korang hayati dari jiwa..kalau hati tisu macam aku maka cepat la nitik air mata..



Haa ada lagi satu lagu dia yang aku suka.. tajuknya When i dream of you..
Yang ni pun ala ala sedih gitu bagi aku..huhu



Ok lah sampai sini je coretan aku. nanti jumpa lagi.. bye byee...

BBM 3410/18: Tugasan MINGGU 5 (Simpulan Bahasa)

Asalamualikum semua.
hari ni nak kongsikan cerita mengenai tugasan yang Prof tercinta berikan.
Tugas ni memang menuh dengan gelak jeer. Sebabnya kami kena ambil gamba ikut peribahasa yang kami pilih. Gambar yang kami ambil mestilah yang logik dan mengikut makna pribahasa tersebut.

Antara yang pribahasa yang kami pilih ialah:

1. Jatuh Hati
hahahha.. kemain mata bertentang mata..



2. Malu-malu kucing

ececehh malu malu pulakk..

3. Cahaya mata

huuuu.. baby tu anak bentung kerr? hahahah


4. Madu tiga
Bukan main angan tu. yang Si Mahira ni lakon apa tetap menjadi.


5. Tidur-tidur ayam
Oii awak. Tido kalau tak lena mana laaa puas.. haha..


haaa.. lawak jugak buat kerja Prof ni.. hihi tapi seronok.. 
OK lah sampai sini sahaja coretan hari ini. Jumpa di lain waktu.. 

Wednesday, 10 October 2018

BBM 3410/18: Gangguan mental

Assalamualaikum semua..

Baiklah hari ni saya akan kongsikan sedikit pengetahuan tentang masalah kemurungan.

Saya berminat nak konsikan isu ini kerana inilah topik yang saya bentangkan semasa kelas Keterampilan berbahasa Melayu yang lepas.
Masalah gangguan mental ini adalah satu masalah yang agak serius. Faktor yang mencetuskan kemurungan dalam remaja lazimnya adalah yang berkaitan dengan isu-isu harga diri, buli, prestasi akademik yang rendah, orientasi seksual dan juga pernah menjadi mangsa penganiayaan fizikal atau seksual. Sekiranya simptom kemurungan berterusan, ia juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan mungkin juga menjurus pada mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.

Banyak dah kes bunuh diri terjadi disebabkan masalah kemurungan. Mereka ini menganggap masalah yang dihadapi terlalu berat untuk mereka tanggung dan tiada jalan  penyelesaian. Sehingga ada diantara mereka memilih jalan terakhir iaitu bunuh diri.

Antara kisah dari keratan surat khabar yang dapat saya kongsikan.




1. Kes pelajar sekolah yang tidak puas hati terhadap keputusan sekolah. Kes ini juga tergolong dalam masalah mental, yang mana pelajar tersebut tidak mampu berfikir dengan baik lagi. Persoalannya siapa yang harus dipersalahkan? dan apakah langkah dan tindakkan semua pihak agar kes sedemikian tidak akan terjadi lagi.







2. Kes ini telahpun dibuat penelitian, yang mana pakar sendiri menyatakan bahawa kes belia cuba bunuh diri semakin serius. Jadi apa tindakkan yang harus kita lakukan supaya kes sedemikian dapat dikurangkan. Maka itu tiap orang harus peka terhadap persekitaran. Kerajaan juga harus meningkatkan kempen dan khidmat nasihat agar rakyat terdedah dengan pengetahuan mengenai masalah ini. Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar bahwa mereka ini turut memikul tugas yang berat dalam mendidik masyarakat. Tambahan lagi, ibu bapa juga memaikan peranan yang penting dalam mengawal aktiviti dan tingkah laku anak-anak. Jangan sampai terjadi hal demikian pada anak-anak kita barulah kita nak menyesal.



3. Berita ni dari surat khabar metro.  Sadiskan baca.!! Nampak tak? kes ni bukan takat pelajar sekolah je yang alami. Malah pelajar Universiti juga terlibat. Masalah yang dihadapi jelas menampakkan bahawa pelajar tersebut mengalami masalah tekanan sehingga mengambil tindakkan untuk membunuh diri.emmm Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini. Tindakkan dan kepekaan kita terhadap sekeliling padai ini diharapkan dapat mengubah dunia pada hari esok.

Baiklah sampai disini saja cerita hari ini. Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan pengajaran kepada pembaca. Sampai kita berjumpa lagi. Sekian Wasalam.

BBM 3410/18: Peristiwa mendebarkan.

Assalamualaikum semua. 
Sehat tak?
Haa Hari ni saya nak kongsikan sedikit cerita mengenai peristiwa yang agak mendebarkan saya dan saya yakin turut mendebarkan rakan-rakan perjuangan saya.

OK baik lah ceritanya pada minggu ini saya dan ahli kumpulan saya memilih untuk membentangkan tugasan bagi subjek Keterampilan berbahasa Melayu. Walaupun cuma Bahasa Melayu. Tapi debaran dia macam berlawan dalam Medan perang. Hahahah. 
Saya dan ahli kumpulan saya hanya mengambil masa tiga hari untuk berlatih. Ermmm memang laa tak cukup. Tapi saya yakin ahli kumpulan saya mampu lakukan terbaik. Walaupun mereka datang dari pelbagai negeri namun rakan kumpulan saya ni mampu bertutur dalam bahasa melayu Baku dengan baik . Terima Kasih kawan-kawan jasa perjuangan kalian amat saya sanjungi.   




Ni la ahli kumpulan saya. Cantik-cantik semua. Gadis Melayukan.. siapa bilang gadis melayu tak menawan? Tak menarik hati.  Hahahah ternyanyi pulak. 

Sebaik saja pembentangan taman huhh lega rasanya. Dr tak banyak komen pun tentang ahli kumpulan saya. Moga-moga Dr bagilah kami markah pernuh.. hihihi..

OK lah itu saja perkongsian hari ni. Jumpa di lain waktu .
Sekian terima kasih kerna sudi baca coretan ringkas ni.  

BBM 3410/18: Muka buku

Assalamualaikum semuaa... Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem..  Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercint...