Thursday 15 November 2018

BBM 3410/18: Laksa

Asalamualaikum semua..
Hari ni saya nak kongsi resepi yang merupaka juadah kegemaran akuu..
Haaaa masak apa tuuu...
 OK Baik laa saya selaku chef ketuk ketuk kuali nak kongsi resepi istimewa iaitu laksa penang...
Siapa sini suka makan laksa kita geng.. huhuhu
Tengok gambar tuuu.. Ya Allah bergegar anak tekak ni..

                              Image result for laksa

Sabar yee..Saya ajar cara nak buat menu ni.. tapi cara aku.. huhu

Bahan A ( Rebus ) 

  • 10 ekor ikan kembung/ ikan sardin 
  • 5 keping Asam Gelugor
  • Garam dalam 1-2 sudu

Bahan B ( Kisar Halus )

  • 15 Tangkai Cili Kering
  • 2 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan

Bahan -Bahan Lain 

  • Mee Laksa Basah ( sedia ada, di jual di mydin dan tesco )
  • Daun kesum (Dalam 2 gengam )
  • Bunga kantan 2 batang
  • 3 keping Asam gelugor

Bahan Hiasan 

  • Salad
  • Telor rebus
  • Hirisan Bawang Besar
  • Limau kasturi
  • Hirisan Timun
  • Cili padi

Cara Pembuatan 

  • Bahan A tadi seperti ikan Kembung tadi direbus dulu tau, nanti air rebusan ikan tu asingkan tepi. ikan rebus yang dah siap direbus, di asingkan tulang dan kepala, lepas tu, kisar terus dengan ambil sedikit air rebusan ikan tadi atau nak lagi sedap, korang tumbuk guna lesung batu. bagi separuh lumat. Untuk tulang dan kepala yang diasingkan tadi, kisarkan bersama dan di tapis, buat 2 kali atau ikut suka.
  • Bahan B yang telah dikisar tadi disatukan dengan air rebusan ikan, dan air tapisan tulang ikan tadi, masukkan garam, asam gelugor, bunga kantan dan daun kesum, didihkan sampai masak.

  • Bila dah didih kesemuanya, curahkan kuah tersebut atas mee laksa tadi, dan tabur hiasan ikut suka kreativiti korang
 ok, Baiklah terima kasih kerana sudi datang ke blog saya. Jumpa dilain waktu.. 

No comments:

Post a Comment

BBM 3410/18: Muka buku

Assalamualaikum semuaa... Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem..  Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercint...