Harap semua sihat.
Tugasan yang diberi oleh prof pada minggu ini ialah menjawab beberapa soalan berdasarkan buku BOOM! with Sosial Media..
Haaaaa.. ni la buku yang aku cakap..
Gamba Prof aku ada depan buku tuuu..
yang pegang laptop dengan gaya selamber dia. hahah..
Ok buku ni bagus untuk korang yang nak tau lebih lanjut pasal sosial media nii..
Tapi belajar tu tujuannya supaya kita dapat sebarkan ilmu yang berguna pada khalayak umum.
bukan kau ada sosial media ni kerja nak jadi makcik bawang je.. ataupun kutuk sana kutuk sini.
Jadi gunalah dengan cara yang bijak dan berkhemah..
Kandungan buku ni ada menerangkan mengenai:
1. Cara nak bukak akaun media sosial seperti twetter, Fb, Insta, dan Blog.
2.Tentang isu dalam media sosial
3. Kesan penggunaan media sosial.
dan banyak lagi..
Ok berbalik pada topik asal iaitu tentang tugasan kelas yang diberikan oleh prof.
Prof suruh jawab 3 soalan berdasarkan buku tu, dalam satu kumpulan.
Aku dan 2 rakan ku lagi ditugaskan untuk menjawab soalan no2.
soalan dia berbunyi senaraikan 5 kesan negetif dalam jaringan sosial kepada pengguna bahasa
Jawapan yang aku tulis antaranya ialah:
1. Timbul salah faham jika penyampaian yang hendak disampaikan oleh penulis tidak sampai kepada pembaca. Contohnya salah dari segi struktur ayat, kosa kata dan sebagainya.
2. Terdapat perkataan yang hanya difahami oleh kelompok tertentu sahaja contohnya bahasa slanga yang hanya difahami oleh golongan remaja sahaja.
3. Menyebabkan pembaca hilang minat membaca sekiranya bahasa yang digunakan salah, ataupun wujud pelbagai ejaan yang pelik bagi pengguna bahasa.
Hah ni laa contohnyaa.. nilaikan sendiri.
Bukan ke buat kita menyampah nak baca??.. Bahasa planet mana tak tau laa!!!
Geram sebenarnya budak-budak yang guna bahasa macam ni..
Ok lah saya beri 3 je, sebab saya ingat 3 jer isi.. hahahaha.
Jadi kalau ada sosial media tu gunalah dengan betul.
Jangan mintak makcik bawang kecam korang.. oraitt..
Assalamualikum..
No comments:
Post a Comment