Wednesday 12 December 2018

BBM 3410/18: Muka buku

Assalamualaikum semuaa...
Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem.. 
Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercinta. Serius aku akan rindukan prof aku ni. Huawwww nak nangis.. sob sob lap air mata.. 
  Semuanya aku dah luahkan dalam Fb tu. Baca laa .huhuhu . 




Serius prof memang terbaik... Love u prof..
Semoga berjumpa lagi . Assalamualaikum . 


Wednesday 5 December 2018

BBM 3410/18: Video tanpa wajah



Assalamualikum semua.
.
Hari ni aku nak konsikan ilmu tentang Video tanpa wajah yang aku belajar dari prof aku.

Apa yang aku faham dalam membuat video tanpa wajah ada beberapa hal yang perlu dipertimbangkan antaranya:

Konsep Video
- Konsep video tanpa wajah sebenarnya dilakonkan tanpa menunjukkan wajah pelakon.
- Lakonan seharusnya memfokuskan kepada satu objek atau anggota selain wajah.
- Contohnya, fokus pada anggota jari. atau objek cincin dan sebagainya. 

lagu   
-Mestilah memilih lagu yang dapat memberi kesan kepada penonton agar mereka dapat memahami mesej atau perkara yang hendak disampaikan.
     

Jalan cerita
-Pemilihan jalan cerita sebaiknya sesuai dengan watak.
-Lakonan yang dibuat mesti mempunyai mesej atau hal yang hendak disampaikan


Tempat lakonan
-Pemilihan tempat lakonan sebaiknya mempunyai latar yang sesuai dan selamat.


Baiklah itu saja perkongsian hari ini, Sekian terima kasih kerana sudi membaca.


BBM 3410/18; Video One Shot



Assalamualikum semua..

Hari ni aku nak konsikan ilmu tentang Video one shot yang aku belajar dari prof aku.

Video one shot ni sebenarnya mempunyai ciri-ciri khasnya yang tersendiri.

Antaranya ialah: 


  1. Dirakam dalam satu jangka panjang dengan satu kamera sahaja. 
  2.  Kamera hanya memfokuskan satu sudut sahaja.    
  3. Segala pergerakan dibuat di hadapan kamera tanpa mengubah kedudukan kamera.


Baiklah itu saja perkongsian hari ini, Sekian terima kasih kerana sudi membaca.

BBM3410/18; Papan cerita

Assalamualikum semua..
Hari ni aku nak konsikan ilmu tentang Papan Cerita.

Papan cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif.

Papan cerita kebiasaanya perlu mengandungi maklumat seperti berikut :

  • Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai.
  • Warna, penempatan, dan saiz grafik.
  • Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai.
  • Penceritaan dengan tujuann tertentu. 
Baiklah itu saja perkongsiannya. Assalamualikum.

BBM3410/18; Asas grafik

Assalamualaikum. hari ni saya nak terangkan mengenai asas grafik.
Aku tak la pandai mana tapi bila masuk je klas prof dapat ilmu tentang benda ni.. huhu

Hal yang aku belajar tentang asas grafik ni ada beberapa ciri.

Antaranya:

1. Mudah faham.
Ini bermaksud perlu ada mesej atau situasi yang hendak disampaikan. Contohnya, tentang gambar orang orang tengah bancuh teh bertujuan mengiklankan jenama tehnya.

2. Keseimbangan.
Ini bermaksud, gambar perlulah seimbang. Seimbang disini bermaksud kiri, kanan, atas dan bawah objek yang hendak difokuskan mestilah seimbang.

3. Kesesuaian.
Ini bermaksud, gambar dan latar mestilah berkonsepkan yang sesuai dan logik akal.. Bermakna orang atau objek yang diambil mestilah sesuai dengan latar. Contohnya gambar kanak-kanak memakai baju renang mestilah berlatarkan pantai atau kolam renang.

4. Warna. 
 Ini bermaksud pilihan gambar dengan warna yang sesuai dan tidak terlalu bercelaru. Maksudnya gambar yang diambil mestilah mempunyai keseimbangan pilihan warna, tidak mempunyai banyak warna dalam satu masa. Kadang kala jika gamba yang terlalu banyak warna akan hilang fokus terhadap mesej yang hendak disampaikan.

5. Teks sama ada tema atau selogan.
Ini bermakna pemilihan teks mestilah sesuai dengan gambar yang disampaikan. Pemilihan bentuk tulisan pada slogan juga memainkan peranan yang penting. Mesej yang hendak disampaikan mestilah tepat dan sampai ke pengguna, Contohnya dalam iklan sesuatu produk, perkataan yang hendak ditetankan mestilah diutamakan.

Friday 16 November 2018

BBM 3410/18: Kalendar meja

Assalamualaikum semua.  Ok hari ni nak tunjuk bakat jaguh IT sikit.. hahahhahahah boleh laa lepas masuk kelas Prof. Terus rasa bijak IT .. Tq prof dan kak Nurul. Sebab didik kami.. OK ni sikit ilmu yang telah saya belajar.. 

Saksikan video yang tak seberapa nih.  Nanti saya akan terangkan dengan lebih lanjut. 




                            Image result for gambar adobe photoshop

Ni contoh adobe photoshopnya. 


Aku akan ringkaskan 

1. Nak tentukan saiz latar
> tekan File> Pilih New> Akan keluar satu arahan tentukan saiz latar dia. Kau taip la saiz kau nak.

2. Nak letak gambar latar
>Pilih FAIL> tekan OPEN> maka akan keluar folder laptop kau. kau cari la gamba yang kau nak masukkan.> tekan OK. Dia akan keluar kat bahagian yang lain dalam adobe tu. 

3.Nak masuk gambar ke atas latar tadi tu pulak caranya
cari anak panah yang atas sekali dekat Toolbox tu.. tekan situ> tarik gambar pergi ke box yang ada latar tadi tu.. Jadi dah masuk la gambar ke latar tu..

Kalau tak paham lagi tengok video kat youtube jer.. hahahaha.. 
macam ni


                      



Haaa. Itu saja perkongsian saya hari ni. Sekian terima kasih. Assalamualikum 

BBM 3410/18: Menagih Like Prof

Assalamualikum semua.
Hari ni aku nak tunjuk kat korang bukti yang aku ni buat kerja Prof aku ni... hahh
Sebabnya aku dapat like dengan komen prof dekat media sosial.. 
Dari sini korang akan nampak yang sebenarnya prof aku ni berjiwa muda.  Malah Prof yang jaguh di media sosial. hahaha.. 









Like Prof waktu pesta makanan..
Komen Prof... buat aku gelak je. hahaha




















Hah.. Kerja FlatLay yang prof like dan komen.
Prof ngan aku bila lapar memang makan orang..
hati-hati sikit ye... 


















Haaa ni like dan komen Prof bila menagih cuti kelas.. 
Alhamdulillah Prof kasi kami cuti.. Love u Prof..





















Haa yang ni Like prof waktu Prof masuk Tv al hijrah..
Yang sedih dia tak jemput pun aku..hermmm













 

                    Yang ni gamba Like prof .. Tq Prof sebab gigih mengelike.... huhuhu







Ok yang ni Prof komen dekat Blog aku..
Memang prof tercinta pun.. Kerja Prof tak kan ku lupai hingga anak cucu.. huhuhu..

Ok tu saja perkongsian hari ni.. sekian terima kasih...

BBM 3410/18: Tugasan MINGGU 9 (Video one shot 2 layer)

Assalamualaikum seisi alam .
Hari ni aku nak cerita tetang video yang prof suruh kami lakonkan.

Mencabar sebenarnya tugas ni..
Para penyanyi kena dalami dulu lagu yang dipilih. Sebab yang penting miming mulut dalam lagu tu.. kalau salah nampak sangat la tak menjiwai lagu tu .  Hahahhahahah.

Tapi ada cabaran dan rintangannya. Harap-harap video kali ni prof akan terima. Kerana aku pun masih keliru dengan konsep one shot 2 layer ini . Moga kali ni tepat lakonan kami.

Nanti bila dah keluar videonya akan ku tujuk pada mu semua. Harap semua sukalah...

Gambar para pelakon


Ok. baik la sekian terima kasih.
Assalamualaikum .

BBM 3410/18: Kerana Mu Maha Penyayang

Kali ni aku nak cerita tentang kenagan pahit manis aku dulu masa sekolah..

Masa aku tingkatan tiga, aku ni nakal la jugak.. Sebabnya bila subjek yang aku tak suka aku tak nak masuk kelas.. Tapi kadang2 bila malam aku belajar sendiri kat rumah.. Aku cuba pahamkan sendiri lagi-lagi subjek MT. Yang aku nak gelaknya walau aku selalu tak masuk kelas tapi result aku tak teruk macam dorang.. Hahahahha.. belagak gilaa... Yang paling aku teringat ada sorang pengawas dalam kelas aku ni dia tanya aku "weh kau ponteng kelas kau gi belajar ehh?" ayat dia sampai sekarang aku ingat.. Aku cuma rasa aku tak patut duduk kalas tu.. kelas tu no 6 daripada 11 kelas..  Jadi aku rasa tak ada cabaran pun masuk kelas tu.. hahhahahha...

Ok, Bila aku masuk tingkatan 4,aku dapat aliran akaun.. walaupun aku tak suka pun subjek tuu.. hahaa.. Tapi sejak tu aku rasa tercabar pulak, sebab ramai saingan aku. Dorang ni banyak dari kelas atas. Selalu jugak aku gaduh ngan dorang sebab dorang belagak sangat.. ye lah aku kan nakal dulu.. tiba-tiba masuk kelas dengan budak-budak yang acah baik.. hahaahah.. Memang tak suka la.. 

Tapi bila masuk tingkatan 5 kami baik-baik jer.. Hah cuma dorang ni banyak berlawan markah ujian ngan aku.. Masa ni memang banyak jugak cabaran aku. Lagi-lagi ada sorang budak Sekolah convent KL ni. Suka sangat bandingkan markah aku ngan dia. Jadi dari situ aku mula jadi orang yang berguna sikit.. haahahah 

Dalam dorang sebuk dengan belajar. Aku waktu tu sebuk dengan sukan wakil sekolah. Aku lawan Hoki sampai peringkat MSSD jee. Pastu game lawan dengan budak Univ pun ada.. Yelah yang latih aku masa tu pun pemain hoki negara kot.. Takkan nak sia-siakan peluang bila aku terpilih.. 

Ringkaskan cerita, bulan 6 baru aku fokus belajar.. Dan aku dapat result SPM 6A. Haaaa.. waktu tu memang aku terkejut laa aku dapat naik pentas kot.. Masa dia umum tu aku kat rumah lagi. Sebab otak aku tak jangka la dapat result macam tu.. Dan yang paling aku tak sangka, aku sorang je yang dalam kelas aku berjaya naik pentas.. Nak nagis pun ada masa tu.. hermmm.. Cikgu-cikgu lagi la tak sangka.. hahahhha

Tapi aku cuba muhasabah diri,
Bagi aku ada satu amalan yang aku buat sepanjang aku datang kelas, 
Dan aku yakin tu lah punca sampai aku berjaya dapat result Ok. 
Haa aku harap jadi amalan korang jugak laaa..

Amalannya, sepanjang aku berjalan nak masuk kelas yang tingkat 3 tu.. Aku akan baca surah al fatihah, dengan surah 3 Qul.. Dan aku rasa Allah nak tunjuk kat aku hasil usaha aku dengan doa aku tu Allah dah pun tolong aku. Benda yang tak jangka kat otak aku punn.. Terima kasih Allah.. 

Tu saja perkongsian hari ni.. semoga dapat dijadikan amalan kita semua. Kerana Allah tu maha pemurah bagi hambanya yang sentiasa ingat padanya.. Baiklah, jumpa dilain waktu.. Assalamualaikum..

BBM 3410/18: Rindu

Ok untuk hari ni cuma nak luah rasa hati untuk sem yang terakhir..

Bila sem akhir ni tertiba rasa nak lambatkan masa jer.. Tinggal berapa minggu aku bergembira, berduka, bergaduh, dan segala ber ber laaaa dengan semua kawan-kawan aku di UPM.. 

Walau macam mana pun aku harus akur akan perjalanan hidup seseorang, hakikatnya memang begini.. Tak bermaksud mahu lawan kuasa Tuhan tapi ia sekadar angan-angan yang ingin masa itu undur sedikit. Aku ingin ulang masa-masa gembira dengan kawan-kawan ku.. Aku tak puas lagi nak duduk kolej macam dulu-dulu.. Bila malam duduk makan ramai-ramai kat kafe serumpun tuu..

Tapi sejak sem 4 aku dah jarang duduk kolej.. Ye laaa sebab rumah aku kat dalam UPM tu jer. Jarak pun dekat dengan Fakulti aku.. jadi apa guna aku duduk kolej.. 

Aku nak cakap yang aku rindu kawan-kawan sebilik aku.. Mahira, Abir, Mira...  Kalau korang terbaca jomm laaa kita keluar gi makan pun jadi laaaa.... lagi best kalau dapat gi cuti sama2 kerr,, haaa jauh betul angan2 ni.. Siapkan PITA tu duluu... hahaha... tau semua sebuk sem akhir ni.. tapi aku rindu semua yang dulu... herrmmmm...

Ok la tu je aku nak luah..
Jumpa lain kali yee.. Asalamualaikum..



BBM 3410/18: Tugasan MINGGU 8 (Jawab soalan berdasarkan buku)

Asalamualaikum semua..  Apa khabar?
Harap semua sihat.
Tugasan yang diberi oleh prof pada minggu ini ialah menjawab beberapa soalan berdasarkan buku BOOM! with Sosial Media..

Haaaaa.. ni la buku yang aku cakap.. 
Gamba Prof aku ada depan buku tuuu.. 
yang pegang laptop dengan gaya selamber dia. hahah..

Ok buku ni bagus untuk korang yang nak tau lebih lanjut pasal sosial media nii..
Tapi belajar tu tujuannya supaya kita dapat sebarkan ilmu yang berguna pada khalayak umum.
bukan kau ada sosial media ni kerja nak jadi makcik bawang je.. ataupun kutuk sana kutuk sini.
Jadi gunalah dengan cara yang bijak dan berkhemah..

Kandungan buku ni ada menerangkan mengenai:
1. Cara nak bukak akaun media sosial seperti twetter, Fb, Insta, dan Blog.
2.Tentang isu dalam media sosial
3. Kesan penggunaan media sosial.
dan banyak lagi.. 

Ok berbalik pada topik asal iaitu tentang tugasan kelas yang diberikan oleh prof.
Prof suruh jawab 3 soalan berdasarkan buku tu, dalam satu kumpulan.
Aku dan 2 rakan ku lagi ditugaskan untuk menjawab soalan no2.

soalan dia berbunyi senaraikan 5 kesan negetif dalam jaringan sosial kepada pengguna bahasa

Jawapan yang aku tulis antaranya ialah:

1. Timbul salah faham jika penyampaian yang hendak disampaikan oleh penulis tidak sampai kepada pembaca. Contohnya salah dari segi struktur ayat, kosa kata dan sebagainya.

2. Terdapat perkataan yang hanya difahami oleh kelompok tertentu sahaja contohnya bahasa slanga yang hanya difahami oleh golongan remaja sahaja. 

3. Menyebabkan pembaca hilang minat membaca sekiranya bahasa yang digunakan salah, ataupun wujud pelbagai ejaan yang pelik bagi pengguna bahasa.


Hah ni laa contohnyaa.. nilaikan sendiri.

                                 Image result for ejaan slanga
Bukan ke buat kita menyampah nak baca??.. Bahasa planet mana tak tau laa!!!
Geram sebenarnya budak-budak yang guna bahasa macam ni..

Ok lah saya beri 3 je, sebab saya ingat 3 jer isi.. hahahaha. 
Jadi kalau ada sosial media tu gunalah dengan betul.
Jangan mintak makcik bawang kecam korang.. oraitt.. 

Assalamualikum..



BBM 3410/18: Muka buku

Assalamualaikum semuaa... Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem..  Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercint...