Masa aku tingkatan tiga, aku ni nakal la jugak.. Sebabnya bila subjek yang aku tak suka aku tak nak masuk kelas.. Tapi kadang2 bila malam aku belajar sendiri kat rumah.. Aku cuba pahamkan sendiri lagi-lagi subjek MT. Yang aku nak gelaknya walau aku selalu tak masuk kelas tapi result aku tak teruk macam dorang.. Hahahahha.. belagak gilaa... Yang paling aku teringat ada sorang pengawas dalam kelas aku ni dia tanya aku "weh kau ponteng kelas kau gi belajar ehh?" ayat dia sampai sekarang aku ingat.. Aku cuma rasa aku tak patut duduk kalas tu.. kelas tu no 6 daripada 11 kelas.. Jadi aku rasa tak ada cabaran pun masuk kelas tu.. hahhahahha...
Ok, Bila aku masuk tingkatan 4,aku dapat aliran akaun.. walaupun aku tak suka pun subjek tuu.. hahaa.. Tapi sejak tu aku rasa tercabar pulak, sebab ramai saingan aku. Dorang ni banyak dari kelas atas. Selalu jugak aku gaduh ngan dorang sebab dorang belagak sangat.. ye lah aku kan nakal dulu.. tiba-tiba masuk kelas dengan budak-budak yang acah baik.. hahaahah.. Memang tak suka la..
Tapi bila masuk tingkatan 5 kami baik-baik jer.. Hah cuma dorang ni banyak berlawan markah ujian ngan aku.. Masa ni memang banyak jugak cabaran aku. Lagi-lagi ada sorang budak Sekolah convent KL ni. Suka sangat bandingkan markah aku ngan dia. Jadi dari situ aku mula jadi orang yang berguna sikit.. haahahah
Dalam dorang sebuk dengan belajar. Aku waktu tu sebuk dengan sukan wakil sekolah. Aku lawan Hoki sampai peringkat MSSD jee. Pastu game lawan dengan budak Univ pun ada.. Yelah yang latih aku masa tu pun pemain hoki negara kot.. Takkan nak sia-siakan peluang bila aku terpilih..
Ringkaskan cerita, bulan 6 baru aku fokus belajar.. Dan aku dapat result SPM 6A. Haaaa.. waktu tu memang aku terkejut laa aku dapat naik pentas kot.. Masa dia umum tu aku kat rumah lagi. Sebab otak aku tak jangka la dapat result macam tu.. Dan yang paling aku tak sangka, aku sorang je yang dalam kelas aku berjaya naik pentas.. Nak nagis pun ada masa tu.. hermmm.. Cikgu-cikgu lagi la tak sangka.. hahahhha
Tapi aku cuba muhasabah diri,
Bagi aku ada satu amalan yang aku buat sepanjang aku datang kelas,
Dan aku yakin tu lah punca sampai aku berjaya dapat result Ok.
Haa aku harap jadi amalan korang jugak laaa..
Amalannya, sepanjang aku berjalan nak masuk kelas yang tingkat 3 tu.. Aku akan baca surah al fatihah, dengan surah 3 Qul.. Dan aku rasa Allah nak tunjuk kat aku hasil usaha aku dengan doa aku tu Allah dah pun tolong aku. Benda yang tak jangka kat otak aku punn.. Terima kasih Allah..
Tu saja perkongsian hari ni.. semoga dapat dijadikan amalan kita semua. Kerana Allah tu maha pemurah bagi hambanya yang sentiasa ingat padanya.. Baiklah, jumpa dilain waktu.. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment