Wednesday, 10 October 2018

BBM 3410/18: Gangguan mental

Assalamualaikum semua..

Baiklah hari ni saya akan kongsikan sedikit pengetahuan tentang masalah kemurungan.

Saya berminat nak konsikan isu ini kerana inilah topik yang saya bentangkan semasa kelas Keterampilan berbahasa Melayu yang lepas.
Masalah gangguan mental ini adalah satu masalah yang agak serius. Faktor yang mencetuskan kemurungan dalam remaja lazimnya adalah yang berkaitan dengan isu-isu harga diri, buli, prestasi akademik yang rendah, orientasi seksual dan juga pernah menjadi mangsa penganiayaan fizikal atau seksual. Sekiranya simptom kemurungan berterusan, ia juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan mungkin juga menjurus pada mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.

Banyak dah kes bunuh diri terjadi disebabkan masalah kemurungan. Mereka ini menganggap masalah yang dihadapi terlalu berat untuk mereka tanggung dan tiada jalan  penyelesaian. Sehingga ada diantara mereka memilih jalan terakhir iaitu bunuh diri.

Antara kisah dari keratan surat khabar yang dapat saya kongsikan.




1. Kes pelajar sekolah yang tidak puas hati terhadap keputusan sekolah. Kes ini juga tergolong dalam masalah mental, yang mana pelajar tersebut tidak mampu berfikir dengan baik lagi. Persoalannya siapa yang harus dipersalahkan? dan apakah langkah dan tindakkan semua pihak agar kes sedemikian tidak akan terjadi lagi.







2. Kes ini telahpun dibuat penelitian, yang mana pakar sendiri menyatakan bahawa kes belia cuba bunuh diri semakin serius. Jadi apa tindakkan yang harus kita lakukan supaya kes sedemikian dapat dikurangkan. Maka itu tiap orang harus peka terhadap persekitaran. Kerajaan juga harus meningkatkan kempen dan khidmat nasihat agar rakyat terdedah dengan pengetahuan mengenai masalah ini. Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar bahwa mereka ini turut memikul tugas yang berat dalam mendidik masyarakat. Tambahan lagi, ibu bapa juga memaikan peranan yang penting dalam mengawal aktiviti dan tingkah laku anak-anak. Jangan sampai terjadi hal demikian pada anak-anak kita barulah kita nak menyesal.



3. Berita ni dari surat khabar metro.  Sadiskan baca.!! Nampak tak? kes ni bukan takat pelajar sekolah je yang alami. Malah pelajar Universiti juga terlibat. Masalah yang dihadapi jelas menampakkan bahawa pelajar tersebut mengalami masalah tekanan sehingga mengambil tindakkan untuk membunuh diri.emmm Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini. Tindakkan dan kepekaan kita terhadap sekeliling padai ini diharapkan dapat mengubah dunia pada hari esok.

Baiklah sampai disini saja cerita hari ini. Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan pengajaran kepada pembaca. Sampai kita berjumpa lagi. Sekian Wasalam.

No comments:

Post a Comment

BBM 3410/18: Muka buku

Assalamualaikum semuaa... Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem..  Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercint...