Wednesday 10 October 2018

BBM 3410/18: Peristiwa mendebarkan.

Assalamualaikum semua. 
Sehat tak?
Haa Hari ni saya nak kongsikan sedikit cerita mengenai peristiwa yang agak mendebarkan saya dan saya yakin turut mendebarkan rakan-rakan perjuangan saya.

OK baik lah ceritanya pada minggu ini saya dan ahli kumpulan saya memilih untuk membentangkan tugasan bagi subjek Keterampilan berbahasa Melayu. Walaupun cuma Bahasa Melayu. Tapi debaran dia macam berlawan dalam Medan perang. Hahahah. 
Saya dan ahli kumpulan saya hanya mengambil masa tiga hari untuk berlatih. Ermmm memang laa tak cukup. Tapi saya yakin ahli kumpulan saya mampu lakukan terbaik. Walaupun mereka datang dari pelbagai negeri namun rakan kumpulan saya ni mampu bertutur dalam bahasa melayu Baku dengan baik . Terima Kasih kawan-kawan jasa perjuangan kalian amat saya sanjungi.   




Ni la ahli kumpulan saya. Cantik-cantik semua. Gadis Melayukan.. siapa bilang gadis melayu tak menawan? Tak menarik hati.  Hahahah ternyanyi pulak. 

Sebaik saja pembentangan taman huhh lega rasanya. Dr tak banyak komen pun tentang ahli kumpulan saya. Moga-moga Dr bagilah kami markah pernuh.. hihihi..

OK lah itu saja perkongsian hari ni. Jumpa di lain waktu .
Sekian terima kasih kerna sudi baca coretan ringkas ni.  

No comments:

Post a Comment

BBM 3410/18: Muka buku

Assalamualaikum semuaa... Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem..  Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercint...