Baiklah hari ni aku nak cerita tentang luahan hati ku ini.
Hari rabu yang bertarikh 31 oktober, satu-satunya datuk yang aku ada telah meninggal dunia. Atuk aku ni belah mak aku. Jadi yang paling sedih mestilah mak aku. Tapi mak aku tenang je. Dia redho dengan pemergian atuk aku. Atuk memang dah sakit lama. Dah tak nak makan minum. Jadi mak aku memang redho jika ditakdirkan atuk aku meninggal dunia. Walau apa apapun tipulla kalau mak aku langsung tak sedih. Aku yakin dia cuma belagak tenang. Perangai mak aku tak ubah macam aku. ermmm...
atuk aku memang lama dah sakit. Biasala sakit tua kann.. Sejak raya masa tu pun dia dah terbaring atas katil tak boleh gerak.. Yang aku nak luahkan disini tentang 2 peristiwa mengenai atuk aku yang buat aku menyesal seumur hidup.
1. Aku tak ada gambar raya yang terakhir dengan atuk.
2. Aku tak dapat balik kampung waktu atuk meninggal.
Rasa dia macam cucu tak guna laaa.. ermmmmm
Hal pertama tu, apa yang aku ingat. Masa raya tahun ni. Masa aku dah naik kereta nak balik KL. Waktu mula-mula kereta nak gerak keluar dari rumah aduk aku. Aku cakap kat ayah aku yang aku nak amik gambar atuk buat kali terakhir. Tapi ayah aku pulak kata tak pe lah lain kali sebab kereta pun dah gerak masa tuu.. Aku salahkan diri aku sebab memang aku dah berniat nak ambil gambar tapi masa cium tangan terakhir tu aku boleh lupaa.. Aku rasa sejak tu lagi aku dah dapat rasa yang tahun ni adalah tahun terakhir aku jumpa dengan atuk ku.. emmmmm aku taip sambil nagis nii..
Tapi adik aku yang hasanah ni sempat ambil gambar salam yang terakhir dengan atuk.. ermmm menyesalnyaaa aku tak tangkap gamba...
Tapi adik aku yang hasanah ni sempat ambil gambar salam yang terakhir dengan atuk.. ermmm menyesalnyaaa aku tak tangkap gamba...
Hal yang kedua, sebab apa aku tak dapat balik kampung waktu atuk aku meninggal. Aku terpaksa tunggu adik aku baik asrama. Dia sekolah kat Sains Perempuan Negeri Sembilan. Sekolah dia cuti hari jumaat. Sebab tu mak aku tak bawak dia..mak aku pun kelang kabut balik hari atuk ku meninggal tu.. Yang ambil adik aku balik asrama ni pun pakcik belah ayah aku. jadi aku sorang-sorang tunggu adik aku kat rumah.. Ermmm nak taknak kena la pikul tanggungjawab ni.. Lagi sorang adik aku yang belajar kat UPM pun tak balik. Sebab dia tak cuti pun, kos doktor tak sama dengan kos macam aku ni.. Walau sama-sama degree.. Jadi tu la alasan kenapa aku tak balik kampung. Tapi sepanjang mak ngan ayah aku takde sempat jugak laa bawak adik-adik aku ni pergi IOI... makan, shoping, main game.. hahaha sebabnya aku malas nak masak jadi makan luar laa..Masa kat IOI tu tak ingat nak sedih dah.. nak sedih lama-lama pun aku tetap tak boleh nak wujudkan balik datuk ku atau kembalikan masa aku yang dulu bersama atuk aku... ermmmm
OK la sampai disini saja. Jumpa di lain waktu.. nantikan luahan ku yang lain.. Assalamualaikum..
OK la sampai disini saja. Jumpa di lain waktu.. nantikan luahan ku yang lain.. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment