Assalammualaikum semua.
Hari ni mood nakk jadi ustazah. Nak bagi kuliah sikit. hahahahha
saya ni suka baca buku dan tengok ceramah ala ala islamik tapi benda tu mestilah bermanfaat bagi saya. Sebabnya saya ni jenis orang yang tak suka tengok tv cerita karut penuh khayalan tuu. jadi bila ada masa lapang. saya baca la buku supaya otak saya ni ada la sikit ilmu.
Bagi orang islam kita yakin dengan ganjaran pahala walaupun sesudah mati. Saya nak kongsikan disini beberapa perkara atau perbuatan yang mana pahala kita tetap akan berjalan walaupun kita dah meninggal. Saya harap kita sama-sama amalkan amalan ni.
1. Bina masjid. Selagi ia diguna pakai selagi tuu la pahala mengalir pada kita.
2. Mengalirkan sungai / jalan dari sebarang sekatan. Tujuannya bagi memudahkan orang lain mengambil manfaat dari tindakkan kita tersebut. Selagi ia dapat manfaat dari tindakkan kita tu selagi tu kita dapat pahala.
3. Tulis/ cetak ayat Al Quran. Selagi orang baca selagi tu kita dapat pahala.
4. Mengajar Ilmu yang bermanfaat. Selagi ilmu itu digunapakai selagi tu kita dapat pahala.
5. Menanam pokok. hahh ni selagi pokok tersebut bermanfaat pada manusia selagi tu kita dapat pahala.. tak susahkann..
6. Meninggalkan anak-anak yang soleh. Selagi dia mendoakan kita selagi tu kita mendapat pahala. Oleh itu, jika suatu hari, kita menjadi ibu bapa maka didiklah anak-anak dengan pegangan akidah yang betul. Agar mereka tahu tanggungjawab mereka kepada ibu bapanya sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.
ok la sampai disini saja, jumpa lagi dilain waktu. wassalam...
Wednesday, 24 October 2018
BBM 3410/18: Lagu kegemaran
Assalmualikum salam sejahtera
Topik hari ni saya nak kongsi tentang lagu kegemaran saya..
Aku ni memeng suka pasang lagu lagi-lagi masa belajar supaya tak la ngantuk ngan bosan sangat.
tapi ikut sabjek laa. kalau aku balaja Bahasa Melayu huiii kalau bukak lagu mana laaa masuk otak belaja tuu.. huhuhu
ok lah niat aku hari ni nak kongsi je lagu yang paling aku suka dan artisnya.
Kalau lagu mat saleh aku kemain suka dengan si Tommy Page nii.. dah la hensemmm.. walaupun lagu dia dah lama tapi tetap menjadi pujaan hati aku..
korang tu kenal tak? ermmmm
ok yang ni pulak koleksi lagu dia.. Paling aku suka lagu A shoulder to cry on tuuuu.. nagis aku dengar..
NAH.. cuba laaa korang hayati dari jiwa..kalau hati tisu macam aku maka cepat la nitik air mata..
Haa ada lagi satu lagu dia yang aku suka.. tajuknya When i dream of you..
Yang ni pun ala ala sedih gitu bagi aku..huhu
Ok lah sampai sini je coretan aku. nanti jumpa lagi.. bye byee...
Topik hari ni saya nak kongsi tentang lagu kegemaran saya..
Aku ni memeng suka pasang lagu lagi-lagi masa belajar supaya tak la ngantuk ngan bosan sangat.
tapi ikut sabjek laa. kalau aku balaja Bahasa Melayu huiii kalau bukak lagu mana laaa masuk otak belaja tuu.. huhuhu
ok lah niat aku hari ni nak kongsi je lagu yang paling aku suka dan artisnya.
Kalau lagu mat saleh aku kemain suka dengan si Tommy Page nii.. dah la hensemmm.. walaupun lagu dia dah lama tapi tetap menjadi pujaan hati aku..
korang tu kenal tak? ermmmm
nih la muka dia masa muda.. hencemmm gilaaa kannn...
sebelum tuu maaf Bf terchinta jangan cemburu baca ni..hahhahah
nih pulak waktu dia tua sikit. tapi tetap hensemm... hahhah. gedik betul aku..
NAH.. cuba laaa korang hayati dari jiwa..kalau hati tisu macam aku maka cepat la nitik air mata..
Haa ada lagi satu lagu dia yang aku suka.. tajuknya When i dream of you..
Yang ni pun ala ala sedih gitu bagi aku..huhu
Ok lah sampai sini je coretan aku. nanti jumpa lagi.. bye byee...
BBM 3410/18: Tugasan MINGGU 5 (Simpulan Bahasa)
Asalamualikum semua.
hari ni nak kongsikan cerita mengenai tugasan yang Prof tercinta berikan.
Tugas ni memang menuh dengan gelak jeer. Sebabnya kami kena ambil gamba ikut peribahasa yang kami pilih. Gambar yang kami ambil mestilah yang logik dan mengikut makna pribahasa tersebut.
Antara yang pribahasa yang kami pilih ialah:
1. Jatuh Hati
hari ni nak kongsikan cerita mengenai tugasan yang Prof tercinta berikan.
Tugas ni memang menuh dengan gelak jeer. Sebabnya kami kena ambil gamba ikut peribahasa yang kami pilih. Gambar yang kami ambil mestilah yang logik dan mengikut makna pribahasa tersebut.
Antara yang pribahasa yang kami pilih ialah:
1. Jatuh Hati
hahahha.. kemain mata bertentang mata..
2. Malu-malu kucing
ececehh malu malu pulakk..
3. Cahaya mata
huuuu.. baby tu anak bentung kerr? hahahah
4. Madu tiga
Bukan main angan tu. yang Si Mahira ni lakon apa tetap menjadi.
5. Tidur-tidur ayam
Oii awak. Tido kalau tak lena mana laaa puas.. haha..
haaa.. lawak jugak buat kerja Prof ni.. hihi tapi seronok..
OK lah sampai sini sahaja coretan hari ini. Jumpa di lain waktu..
Wednesday, 10 October 2018
BBM 3410/18: Gangguan mental
Assalamualaikum semua..
Baiklah hari ni saya akan kongsikan sedikit pengetahuan
tentang masalah kemurungan.
Saya berminat nak konsikan isu ini kerana inilah topik yang
saya bentangkan semasa kelas Keterampilan berbahasa Melayu yang lepas.
Masalah gangguan mental ini adalah satu masalah yang agak
serius. Faktor yang mencetuskan kemurungan dalam remaja lazimnya adalah
yang berkaitan dengan isu-isu harga diri, buli, prestasi akademik yang rendah,
orientasi seksual dan juga pernah menjadi mangsa penganiayaan fizikal atau
seksual. Sekiranya simptom kemurungan berterusan, ia juga boleh memberi kesan
terhadap kesihatan fizikal dan mungkin juga menjurus pada mencederakan diri
sendiri atau membunuh diri.
Banyak dah kes bunuh diri terjadi disebabkan masalah kemurungan. Mereka ini
menganggap masalah yang dihadapi terlalu berat untuk mereka tanggung dan tiada
jalan penyelesaian. Sehingga ada diantara mereka memilih jalan terakhir
iaitu bunuh diri.

1. Kes pelajar sekolah yang tidak puas hati terhadap
keputusan sekolah. Kes ini juga tergolong dalam masalah mental, yang mana
pelajar tersebut tidak mampu berfikir dengan baik lagi. Persoalannya siapa yang
harus dipersalahkan? dan apakah langkah dan tindakkan semua pihak agar kes
sedemikian tidak akan terjadi lagi.
2. Kes ini telahpun dibuat penelitian, yang mana pakar sendiri menyatakan bahawa kes belia cuba bunuh diri semakin serius. Jadi apa tindakkan yang harus kita lakukan supaya kes sedemikian dapat dikurangkan. Maka itu tiap orang harus peka terhadap persekitaran. Kerajaan juga harus meningkatkan kempen dan khidmat nasihat agar rakyat terdedah dengan pengetahuan mengenai masalah ini. Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar bahwa mereka ini turut memikul tugas yang berat dalam mendidik masyarakat. Tambahan lagi, ibu bapa juga memaikan peranan yang penting dalam mengawal aktiviti dan tingkah laku anak-anak. Jangan sampai terjadi hal demikian pada anak-anak kita barulah kita nak menyesal.
3. Berita ni dari surat khabar metro. Sadiskan baca.!! Nampak tak? kes ni bukan takat pelajar sekolah je yang alami. Malah pelajar Universiti juga terlibat. Masalah yang dihadapi jelas menampakkan bahawa pelajar tersebut mengalami masalah tekanan sehingga mengambil tindakkan untuk membunuh diri.emmm Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini. Tindakkan dan kepekaan kita terhadap sekeliling padai ini diharapkan dapat mengubah dunia pada hari esok.
Baiklah sampai disini saja cerita hari ini.
Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan pengajaran kepada
pembaca. Sampai kita berjumpa lagi. Sekian Wasalam.
BBM 3410/18: Peristiwa mendebarkan.
Assalamualaikum semua.
Sehat tak?
Haa Hari ni saya nak kongsikan sedikit cerita mengenai peristiwa yang agak mendebarkan saya dan saya yakin turut mendebarkan rakan-rakan perjuangan saya.
OK baik lah ceritanya pada minggu ini saya dan ahli kumpulan saya memilih untuk membentangkan tugasan bagi subjek Keterampilan berbahasa Melayu. Walaupun cuma Bahasa Melayu. Tapi debaran dia macam berlawan dalam Medan perang. Hahahah.
Saya dan ahli kumpulan saya hanya mengambil masa tiga hari untuk berlatih. Ermmm memang laa tak cukup. Tapi saya yakin ahli kumpulan saya mampu lakukan terbaik. Walaupun mereka datang dari pelbagai negeri namun rakan kumpulan saya ni mampu bertutur dalam bahasa melayu Baku dengan baik . Terima Kasih kawan-kawan jasa perjuangan kalian amat saya sanjungi.
Ni la ahli kumpulan saya. Cantik-cantik semua. Gadis Melayukan.. siapa bilang gadis melayu tak menawan? Tak menarik hati. Hahahah ternyanyi pulak.
Sebaik saja pembentangan taman huhh lega rasanya. Dr tak banyak komen pun tentang ahli kumpulan saya. Moga-moga Dr bagilah kami markah pernuh.. hihihi..
OK lah itu saja perkongsian hari ni. Jumpa di lain waktu .
Sekian terima kasih kerna sudi baca coretan ringkas ni.
BBM 3410/18: Tugasan MINGGU 4 (Gambar Flatlay)
Apa Khabar?
Saya harap semua baik-baik Saja. Dengan cuaca yang tak menentu ni. Mungkin badan pun tak berapa sehat. Nasihat saya perbanyakkan minum air kosong Dan Jangan terdedah pada cuaca yang Panas ataupun hujan.
Disini saya ingin kongsikan sedikit cerita mengenai aktiviti dan tugasan pada minggu ke empat saya di semester ini.
Antaranya, prof saya telah memberi tugasan untuk mengambil 20 keping gambar. Namun mestilah mempunyai konsep yang berbeza .. nama konsep gamba ni ialah Flatlay tapi dia ada sudut tertentu.
hah korang nak tgok tak?
1. Flatlay
Gambar ni camera betul-betul ada atas objek yang nak difokuskan.
2. Half Flatlay
Gambar ni diambil pada kedudukan camera disudut 45 darjah dari lantai dimana objek yang difokuskan tu.
3. Quater Flatlay
Gambar ni pula diambil pada kedudukan camera disudut 15 darjah dari lantai dimana objek yang hendak difokuskan itu.
4. Zero Flatlay
Gambar ni pula camera berada betul-betul pada lantai dimana obejek yang hendak difokuskan itu.
Tu la dia antara gambar yang diambil. Tapi yang lucunya ada pelbagai aksi rakan-rakan saya yang sedang gigih ambil gambar.
Ha tgok la tu.. hahahaha sanggup panjat meja yang reput tu. Selamat la orangnya kecik dan ringan je . Kalau harapkan saya mungkin dah patah meja tu. Hahahah.
OK itu saja cerita hari ini .
Jumpa dilain waktu. Assalamualaikum
Wednesday, 3 October 2018
BBM 3410/18: Makanan kegemaran
BBM3410
Assalamualaikum semua,
sihat ke tidak? Saya doakn agar semua sihat lah..
hari ni saya ingin konsikan masakan sambal udang yang merupakan masakan kegemaran saya.. .
Bahan bahannya ialah
1 kg udang perlu gunting separuh dari kepala
2 sudu air asam jawa
1 sudu kecil garam halus (ikut kesesuaian)
5 ke 6 sudu besar gula (ikut kesesuaian)
Bahan Kisar:
100 gm cili kering/ 5sudu cili kisar
Sebesar 50 sen belacan dan kisar dengan cili tadi dan 7 biji bawang merah
serta 5 ulas bawang putih
Assalamualaikum semua,
sihat ke tidak? Saya doakn agar semua sihat lah..
hari ni saya ingin konsikan masakan sambal udang yang merupakan masakan kegemaran saya.. .
Bahan bahannya ialah
1 kg udang perlu gunting separuh dari kepala
2 sudu air asam jawa
1 sudu kecil garam halus (ikut kesesuaian)
5 ke 6 sudu besar gula (ikut kesesuaian)
Bahan Kisar:
100 gm cili kering/ 5sudu cili kisar
Sebesar 50 sen belacan dan kisar dengan cili tadi dan 7 biji bawang merah
serta 5 ulas bawang putih
Cara caranya pula,
1. Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.
2. Kisar cili dan belacan. Kemudian kisar pula bawang merah dan bawang putih.
3. Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis dapat ditumis garing supaya sambal tahan lama. Boleh guna minyak lebihan mengoreng udang tadi, tapi panaskan dahulu minyak tu semula hingga hilang air udang.
4.Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan cili dan belacan yang dikisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak.
5.Bila cili dah garing masukkan air asam jawa. Lepas tu perasakan dengan garam. Kemudian masukkan gula. Gula ni letak banyak sebab sambal kalau manis-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
6. Biar merenih kejap kemudian barulah masukkan udang yang dah digoreng tadi. Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar manis airnya baru tutup api dan sedia di hidangkan.
uitt.. tengok ni. nampak sedap kan....
jadi, senang je caranya.. selamat mencuba..
Baiklah jumpa di lain hari..
Baiklah jumpa di lain hari..
BBM3410/18: Makan Bersama
BBM3410
assalamualaikum pembaca yang setia.
Hari ini saya ingin kongsikan cerita mengenai kenangan saya dan keluarga mengadakan sedikit makan-makan di rumah. Maklumlah bila adik beradik ada yang bekerja, ada yang belajar pula, jadi kami jarang bertemu.
Pada hari sabtu yang lepas, saya sekeluarga memasak nasi arab dengan berlaukkan kambing bakar.. huhu dengar pun macam sedap jer. Lagi-lagi mak saya memang pandai masak nasi arab ni. Sebabnya menu ini merupakan kegemaran bapa saya.
Pada mulanya saya dan adik-adik saya yang lain membahagikan tugas untuk menyediakan hidangan ini. Saya telah ditugaskan untuk menyedikan sos lada hitam sebagai pencicah kambing bakar.
haa,, tak susah pun buat sos tu
Apa yang diperlukan adalah 5 ulas bawang putih, 1 biji bawang holand, sedikit halia, 2 sudu lada hitam (kisarkan), sedikit tepung ubi untuk memekatkan kuah, 1 kiub pati ayam, garam gula secukupnya, dan untuk melemakkan dan melazatkan lagi sos ini, maka tambahlah separuh cawan susu cair. huhuhu.. itulah rahsia masakan sos yang berlemak gituu...

Hahhh, tengoklah gamba ni nampak menyelerakan.. tapi ni bukan gamba yang saya masak. Ni cuma gambaran menu tersebut. Saya sengaja buat anda semua terliur meihat masakan ini.
Sabar ya pembaca sekalian.. hihihi
Ok baiklah itu saja perkongsian saya pada hari ini, Semoga kita berjumpa di lain waktu.
Sekian terima kasih..
Tuesday, 2 October 2018
BBM3410/18: Tugasan MINGGU 3 (Pesta makanan)
BBM3410
assalamualaikum semua..
Pada minggu ni. pelajar kelas Multimedia ditugaskan untuk mengambil gamba di Pesta makanan tradisional. jadi saya juga terlibat untuk melakukan tugas ini.
Disana, terdapat banyak kedai yang menjual makanan yang sedap sedap belaka.. antara juadah yang menjadi santapan saya ialah air teh bunga, laksa dan serunding ubi.
Nak Tengok gamba tak sewaktu berada di situ? huhuhuh.. Rugi tau siapa yang tak pergi.
Berdasark gambar-gambar ini banyak kenangan manis yang terpahat dihati dan pasti menjadi kenagan pada masa akan datang.
ok lah sehingga disini saja, moga kita bertemu lagi.
assalamualaikum semua..
Pada minggu ni. pelajar kelas Multimedia ditugaskan untuk mengambil gamba di Pesta makanan tradisional. jadi saya juga terlibat untuk melakukan tugas ini.
Disana, terdapat banyak kedai yang menjual makanan yang sedap sedap belaka.. antara juadah yang menjadi santapan saya ialah air teh bunga, laksa dan serunding ubi.
Nak Tengok gamba tak sewaktu berada di situ? huhuhuh.. Rugi tau siapa yang tak pergi.
Yang ni gamba ahli kumpulan saya bersama kanak-kanak tadika.. comel je tengok kanak-kanak ni. terngimbau pula zaman tadika. hihihi
Haaaa tengok la tu semua acah-acah model.hahaha
Gamba ini pula disaat saya dan kumpulan berusaha untuk bergamba dengan Prof tercinta. Tengok la tu Prof nak tiru gaya duta Qu Putih.. hahahah tapi tetap comel gitu..
Berdasark gambar-gambar ini banyak kenangan manis yang terpahat dihati dan pasti menjadi kenagan pada masa akan datang.
ok lah sehingga disini saja, moga kita bertemu lagi.
Tuesday, 25 September 2018
BBM3410/18: Tugas MINGGU 2
Assalamualaikum semua..
Sehat tak? Harap kita semua sihat-sihat saja. Maklumlah sekarang ini cuaca tidak menentu sekejab hujan sekejap panas terik kann...
Oraitt.. pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit coretan dan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu kedua di UPM ni.. hermmm cepat betul masa berlalu.
Ok topik harini “Aktiviti Minggu kedua di UPM”
Pada minggu kedua saya yakin kebanyakkan pelajar sudah menerima pelbagai tugasan oleh pensyarah masing-masing, begitu juga saya. Walau masih ada pelajar yang sebuk mendaftar subjek lagi. Biasalah tu minggu-minggu awal kan.. hihihi..
Antara tugasan yang paling menarik minat saya adalah subjek Multimedia dalam Bahasa yang dikendali Oleh Prof Dr Normaliza tercinta.. walaupun nampak garang tapi hakikatnya penyayang. Garang-garang Prof teringat mak saya di rumah... hihihi..
Dalam subjek ini saya diajar mengenai asas grafik.. haaa korang tau maksud asas grafik?
Mehhh nak ajar walaupun hanya sehari je belajar dengan Prof..
Maksud Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Maka itu asas grafik ni mengenai gamba, lambang, simbol dan sebagainya. Prof ajar kami bahawa asas grafik yang baik pempunyai beberapa ciri. Iaitu:
Yang pertama Prof cakap asas grafik ini perlu mempunyai mesej atau situasi. Jadi gamba yang dipilih atau diambil perlu ada ceritanya tentang sesuatu hal ataupun peristiwa.
Yang kedua, dalam gambar perlulah seimbang dari sudut kedudukan fokus objek yang hendak diambil. Kita perlu lihat jarak atas, bawah, kiri dan kanan gambar dengan objek yang ingin difokuskan.
Yang ketiga ialah Kesesuaian. Yang ni kalau kita nak ambil gambar biar sesuai dengan latar. Jangan pakai baju lawa-lawa tapi latar belakang ada banggunan yang tak siap..kan pelik tuu... hhahahha nasihat Prof.
Yang keempat warna. Warna juga menjadi aspek yang penting dalam gambar. Kombinasi warna yang baik akan memberi impak gambar yang cantik.. Jika gambar tersebut mempunya terlalu banyak warna pula, akan menyerabutkan gambar menjadi tidak menarik. Malah,matlamat mesej yang ingin disampaikan dalam gambar menjadi kabur.
Yang terakhir ialah teks. Ok yang ni korang boleh tengok papan iklan sepanjang jalan di lebuh raya tu. Dalam papan iklan tu pasti ada tulisan yang menjadi topik utama iklan tersebut dipaparkan dan biasanya mempunyai matlamat atau tujuan tertentu. Antaranya untuk memperkenalkan produk dan menarik pembeli. Dalam membuat sesuatu iklan atau gambar seperti itu, aspek pemilihan teks amatlah penting. Teks yang digunakan mestilah tidak terlalu panjang. Supaya sempat pengguna jalan raya membacanya. Jangan ada yang terpaksa berhenti pulak untuk baca papan iklan tu.. hihihi..
Oraitt,, tu lah antara yang sempat saya belajar pada minggu kedua.
Setelah diberi pembelajaran itu, saya dan kumpulan ditugaskan memilih lima keping gambar yang terdapat dalam majalah. Gambar yang dipilih mestilah dapat menonjolkan ciri-ciri asas grafik tesebut.
Nak tengok gambar yang kami pilih tak??
ok ok Tadaaaaa...
Haaaa.. macam mana? Ni lah gambar yang dipilih.. cantik kan? .. Semoga Prof tercinta sukakan gamba yang kami pilih.
Yang ni pulak gambar ahli kumpulan saya.
Terima kasih rakan-rakan yang sudi bekerjasama menjayakan tugasan ni..
Ok lah. Sampai di sini sahaja coretan saya.
Saya minta maaf sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung jiwa pembaca. Hadir saya Cuma sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan.
Baiklah Jumpa di lain waktu ok.. Wasalam..
BBM3410/18: Tugasan MINGGU 1
Cerita Kuliah Minggu 1.
Assalammualaikum, hai semua saya ingin kongsikan aktiviti saya semasa minggu satu di UPM.
Pada minggu satu, saya sibuk untuk mendaftar subjek. Banyak kelas yang ada bertindih dengan subjek minor saya. Oleh itu, saya berasa sedikit sedih. Tapi tidak mengapa tiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Pada waktu itu juga, saya yakin kebanyakkan pelajar telahpun diterangkan dengan rangka kursus subjek yang diambil. Maka dari situ pelajar dapat mengetahu tajuk-tajuk sepanjang pembelajaran berlangsung dan juga peratus penilaian setiap tugasan yang diberikan.
Itulah coretan ringkas saya pada minggu pertama..
Assalammualaikum, hai semua saya ingin kongsikan aktiviti saya semasa minggu satu di UPM.
Pada minggu satu, saya sibuk untuk mendaftar subjek. Banyak kelas yang ada bertindih dengan subjek minor saya. Oleh itu, saya berasa sedikit sedih. Tapi tidak mengapa tiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Pada waktu itu juga, saya yakin kebanyakkan pelajar telahpun diterangkan dengan rangka kursus subjek yang diambil. Maka dari situ pelajar dapat mengetahu tajuk-tajuk sepanjang pembelajaran berlangsung dan juga peratus penilaian setiap tugasan yang diberikan.
Itulah coretan ringkas saya pada minggu pertama..
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM 3410/18: Muka buku
Assalamualaikum semuaa... Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem.. Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercint...
-
Assalamualikum semua. . Hari ni aku nak konsikan ilmu tentang Video tanpa wajah yang aku belajar dari prof aku. Apa yang aku f...
-
Assalamualaikum semuaa... Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem.. Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercint...
























