Tuesday, 25 September 2018

BBM3410/18: Tugas MINGGU 2

Assalamualaikum semua..  
Sehat tak? Harap kita semua sihat-sihat saja. Maklumlah sekarang ini cuaca tidak menentu sekejab hujan sekejap panas terik kann...

Oraitt.. pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit coretan dan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu kedua di UPM ni.. hermmm cepat betul masa berlalu.


Ok topik harini “Aktiviti Minggu kedua di UPM”

Pada minggu kedua saya yakin kebanyakkan pelajar sudah menerima pelbagai tugasan oleh pensyarah masing-masing, begitu juga saya. Walau masih ada pelajar yang sebuk mendaftar subjek lagi. Biasalah tu minggu-minggu awal kan.. hihihi.. 

Antara tugasan yang paling menarik minat saya adalah subjek Multimedia dalam Bahasa yang dikendali Oleh Prof Dr Normaliza tercinta.. walaupun nampak garang tapi hakikatnya penyayang. Garang-garang Prof teringat mak saya di rumah... hihihi.. 

Dalam subjek ini saya diajar mengenai asas grafik.. haaa korang tau maksud asas grafik?
Mehhh nak ajar walaupun hanya sehari je belajar dengan Prof..  

Maksud Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Maka itu asas grafik ni mengenai gamba, lambang, simbol dan sebagainya. Prof ajar kami bahawa asas grafik yang baik pempunyai beberapa ciri. Iaitu:

Yang pertama Prof cakap asas grafik ini perlu mempunyai mesej atau situasi. Jadi gamba yang dipilih atau diambil perlu ada ceritanya tentang sesuatu hal ataupun peristiwa.

Yang kedua, dalam gambar perlulah seimbang dari sudut kedudukan fokus objek yang hendak diambil. Kita perlu lihat jarak atas, bawah, kiri dan kanan gambar dengan objek yang ingin difokuskan.  

Yang ketiga ialah Kesesuaian. Yang ni kalau kita nak ambil gambar biar sesuai dengan latar. Jangan pakai baju lawa-lawa tapi latar belakang ada banggunan yang tak siap..kan pelik tuu... hhahahha nasihat Prof.

Yang keempat warna. Warna juga menjadi aspek yang penting dalam gambar. Kombinasi warna yang baik akan memberi impak gambar yang cantik.. Jika gambar tersebut mempunya terlalu banyak warna pula, akan menyerabutkan  gambar menjadi tidak menarik. Malah,matlamat mesej yang ingin disampaikan dalam gambar menjadi kabur.

Yang terakhir ialah teks. Ok yang ni korang boleh tengok papan iklan sepanjang jalan di lebuh raya tu. Dalam papan iklan tu pasti ada tulisan yang menjadi topik utama iklan tersebut dipaparkan dan biasanya mempunyai matlamat atau tujuan tertentu. Antaranya untuk memperkenalkan produk dan menarik pembeli. Dalam membuat sesuatu iklan atau gambar seperti itu, aspek pemilihan teks amatlah penting. Teks yang digunakan mestilah tidak terlalu panjang. Supaya sempat pengguna jalan raya membacanya. Jangan ada yang terpaksa berhenti pulak untuk baca papan iklan tu.. hihihi..  

Oraitt,,  tu lah antara yang sempat saya belajar pada minggu kedua.

Setelah diberi pembelajaran itu, saya dan kumpulan ditugaskan memilih lima keping gambar yang terdapat dalam majalah. Gambar yang dipilih mestilah dapat menonjolkan ciri-ciri asas grafik tesebut.
Nak tengok gambar yang kami pilih tak??
ok ok  Tadaaaaa...















Haaaa.. macam mana?  Ni lah gambar yang dipilih.. cantik kan? .. Semoga Prof tercinta sukakan gamba yang kami pilih.


Yang ni pulak gambar ahli kumpulan saya.




 Terima kasih rakan-rakan yang sudi bekerjasama menjayakan tugasan ni.. 


Ok lah. Sampai di sini sahaja coretan saya.
Saya minta maaf sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung jiwa pembaca. Hadir saya Cuma sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan.

Baiklah Jumpa di lain waktu ok.. Wasalam..


BBM3410/18: Tugasan MINGGU 1

Cerita Kuliah Minggu 1.

Assalammualaikum, hai semua saya ingin kongsikan aktiviti saya semasa minggu satu di UPM.

Pada minggu satu, saya sibuk untuk mendaftar subjek. Banyak kelas yang ada bertindih dengan subjek minor saya. Oleh itu, saya berasa sedikit sedih. Tapi tidak mengapa tiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Pada waktu itu juga, saya yakin kebanyakkan pelajar telahpun diterangkan dengan rangka kursus subjek yang diambil.  Maka dari situ pelajar dapat mengetahu tajuk-tajuk sepanjang pembelajaran berlangsung dan juga peratus penilaian setiap tugasan yang diberikan.

Itulah coretan ringkas saya pada minggu pertama..

BBM3410/18: Pengenalan



Assalammualaikum semua..
Terima Kasih telah berkunjung di blog saya..

Perkenalkan saya Nurul Hidayah bt Azman.



haaa.. ni saya, tak la cantik macam awak awak sekalian. Tapi manis tu ada.. hahaha. siapa lagi nak puji kita melainkan diri sendiri kannn.. 

Seterusnya saya berusia 23 tahun dan lahir di Hospital Kajang.
Sekarang saya menetap di Perumahan Universiti Putra Malaysia kerana bapa saya adalah seorang staf di sini.

Saya sedang menuntut ilmu di UPM pada tahun Akhir. Bidang pembelajaran saya adalah Bacelor Sastera ( Bahasa dan Linguistik Melayu).

Semoga dengan adanya blog ini akan memberi manfaat kepada semua pembaca. Insyaallah saya akan isi dengan pelbagai informasi bermanfaat, curitan peribadi, pelbagai tip dan kenangan pahit manis yang saya alami..

Saya amat gembira jika mendapat sahabat baru. Harap sudilah berkawan dengan saya dan semoga kita saling berkongsi pendapat dan idea. Manalah tau dapat berjumpa jodoh di sini.. hihihi

Ok rasanya cukup sampai di sini, Sekian Terima kasih.... 




BBM 3410/18: Muka buku

Assalamualaikum semuaa... Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem..  Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercint...