Wednesday, 12 December 2018

BBM 3410/18: Muka buku

Assalamualaikum semuaa...
Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem.. 
Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercinta. Serius aku akan rindukan prof aku ni. Huawwww nak nangis.. sob sob lap air mata.. 
  Semuanya aku dah luahkan dalam Fb tu. Baca laa .huhuhu . 




Serius prof memang terbaik... Love u prof..
Semoga berjumpa lagi . Assalamualaikum . 


Wednesday, 5 December 2018

BBM 3410/18: Video tanpa wajah



Assalamualikum semua.
.
Hari ni aku nak konsikan ilmu tentang Video tanpa wajah yang aku belajar dari prof aku.

Apa yang aku faham dalam membuat video tanpa wajah ada beberapa hal yang perlu dipertimbangkan antaranya:

Konsep Video
- Konsep video tanpa wajah sebenarnya dilakonkan tanpa menunjukkan wajah pelakon.
- Lakonan seharusnya memfokuskan kepada satu objek atau anggota selain wajah.
- Contohnya, fokus pada anggota jari. atau objek cincin dan sebagainya. 

lagu   
-Mestilah memilih lagu yang dapat memberi kesan kepada penonton agar mereka dapat memahami mesej atau perkara yang hendak disampaikan.
     

Jalan cerita
-Pemilihan jalan cerita sebaiknya sesuai dengan watak.
-Lakonan yang dibuat mesti mempunyai mesej atau hal yang hendak disampaikan


Tempat lakonan
-Pemilihan tempat lakonan sebaiknya mempunyai latar yang sesuai dan selamat.


Baiklah itu saja perkongsian hari ini, Sekian terima kasih kerana sudi membaca.


BBM 3410/18; Video One Shot



Assalamualikum semua..

Hari ni aku nak konsikan ilmu tentang Video one shot yang aku belajar dari prof aku.

Video one shot ni sebenarnya mempunyai ciri-ciri khasnya yang tersendiri.

Antaranya ialah: 


  1. Dirakam dalam satu jangka panjang dengan satu kamera sahaja. 
  2.  Kamera hanya memfokuskan satu sudut sahaja.    
  3. Segala pergerakan dibuat di hadapan kamera tanpa mengubah kedudukan kamera.


Baiklah itu saja perkongsian hari ini, Sekian terima kasih kerana sudi membaca.

BBM3410/18; Papan cerita

Assalamualikum semua..
Hari ni aku nak konsikan ilmu tentang Papan Cerita.

Papan cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif.

Papan cerita kebiasaanya perlu mengandungi maklumat seperti berikut :

  • Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai.
  • Warna, penempatan, dan saiz grafik.
  • Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai.
  • Penceritaan dengan tujuann tertentu. 
Baiklah itu saja perkongsiannya. Assalamualikum.

BBM3410/18; Asas grafik

Assalamualaikum. hari ni saya nak terangkan mengenai asas grafik.
Aku tak la pandai mana tapi bila masuk je klas prof dapat ilmu tentang benda ni.. huhu

Hal yang aku belajar tentang asas grafik ni ada beberapa ciri.

Antaranya:

1. Mudah faham.
Ini bermaksud perlu ada mesej atau situasi yang hendak disampaikan. Contohnya, tentang gambar orang orang tengah bancuh teh bertujuan mengiklankan jenama tehnya.

2. Keseimbangan.
Ini bermaksud, gambar perlulah seimbang. Seimbang disini bermaksud kiri, kanan, atas dan bawah objek yang hendak difokuskan mestilah seimbang.

3. Kesesuaian.
Ini bermaksud, gambar dan latar mestilah berkonsepkan yang sesuai dan logik akal.. Bermakna orang atau objek yang diambil mestilah sesuai dengan latar. Contohnya gambar kanak-kanak memakai baju renang mestilah berlatarkan pantai atau kolam renang.

4. Warna. 
 Ini bermaksud pilihan gambar dengan warna yang sesuai dan tidak terlalu bercelaru. Maksudnya gambar yang diambil mestilah mempunyai keseimbangan pilihan warna, tidak mempunyai banyak warna dalam satu masa. Kadang kala jika gamba yang terlalu banyak warna akan hilang fokus terhadap mesej yang hendak disampaikan.

5. Teks sama ada tema atau selogan.
Ini bermakna pemilihan teks mestilah sesuai dengan gambar yang disampaikan. Pemilihan bentuk tulisan pada slogan juga memainkan peranan yang penting. Mesej yang hendak disampaikan mestilah tepat dan sampai ke pengguna, Contohnya dalam iklan sesuatu produk, perkataan yang hendak ditetankan mestilah diutamakan.

BBM 3410/18: Muka buku

Assalamualaikum semuaa... Hari ni nak buat cerita sedih di penghujung sem..  Kisahnya tentang pengalaman bersama prof Normaliza tercint...